Friday, 22 February 2013

jangan bersedih...

 assalamualaikum...

Di kala jiwa merasa duka dan hiba ketika  itu kita mula merasa kehilangan. Jiwa rasa kosong dan hati tidak tenteram. Setiap daripada kita   pasti pernah terluka,kecewa dan melakukan kesilapan sehingga menyesal dan menitiskan airmata. Adakah itu tanda kita seorang yang lemah?sudah pasti jawapannya tidak sama sekali.

 Ujian dan segala dugaan yang telah kita terima dan hadapi adalah tanda kasih sayang Yang Maha Pencipta pada diri kita. Jika kita sering dilimpahi kebahagiaan,keseronokan dan kenikmatan dunia, sudah pasti kita lalai dan sering melupakan yang semua itu adalah dari Allah. Jangan kita menyalahkan takdir jika hidup kita sering ditimpa musibah. Jangan kita menyalahkan diri sendiri dan berterusan meratapi kesedihan yang melanda diri kita. Bangkitlah dan berusaha untuk merubah kesedihan kepada kebahagiaan kerana kita mampu untuk melakukannya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)


Jika kita berasa sunyi dan tiada siapa yang mampu untuk menghilangkan kepayahan dan kesakitan yang kita alami,ketahuilah yang Allah SWT sentiasa disisi kita, Allah SWT sentiasa memerhatikan kita dan kita hanya perlu memohon pelindungan dan kasih sayangNYA. Allah tidak pernah zalim pada diri kita tetapi kita sendiri yang telah menzalimi diri kita sendiri.                                                   


            
Pesan Rasulullah SAW: “Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Hadis riwayat Imam Malik, al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nashr dan Ibnu Hazm)



No comments:

Post a Comment